The Protege Online 11 - Hari ke-3
Tahniah kepada semua peserta TPO11 yang telah berjaya mengharungi sesi 3 hari yang padat dengan perkongsian ilmu dan pengalaman kami dalam dunia pelaburan saham.
Terima kasih kepada semua coaches AAA, tetamu jemputan serta warga kerja AAA yang telah menjayakan sesi The Protege Online 11 kali ini. Tidak lupa juga kepada Bursa Malaysia-i dan RHB Investment Bank atas sokongan penganjuran sesi ini.
Berakhirnya sesi ini tidak bermaksud tamatlah sudah sesi pembelajaran tetapi ia merupakan permulaan kepada lebih banyak ilmu yang perlu dipelajari untuk mengharungi lautan pasaran saham.
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan diri dan keluarga. Bukan setakat itu sahaja, juga dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah. Kita buat sama-sama, sampai jadi. TRUST THE PROCESS.
Kini anda sudah bergelar alumni The Protege Asri Ahmad Academy. Selamat datang ke dunia pelaburan saham yang sah dan patuh.
'Sah, Mudah, Patuh Syariah'
#TPO11
#AlumniTheProtege
#SahamIsCool